Wednesday, November 11, 2009

Pelayar web

Bagi pengguna Windows sudah tentunya mengenali biasa menggunakan pelayar web Internet Explorer. Namun, semakin lama semakin banyak kemunculan pelayar-pelayar web yang dicipta untuk pengguna. Kebanyakkan laman web cuba menampilkan keunikan dan kelainan setiap pelayar web yang dihasilkan.

Selain Internet Explorer, pelayar web yang popular kini adalah Firefox. Selain itu, terdapat beberapa lagi pelayar web yang mempunyai keunikannya sendiri dan yang paling penting ia serasi dengan Windows.

Senarai Pelayar Web :

  1. Firefox 2

- Pelayar web ini kini amat popular dan merupakan alternatif terbaik dengan pelayar web sedia ada. Dengan kemaskini (update) yang kerap, ia memberikan nilai dan tahap keselamatan yang tinggi kepada pengguna. Sekaligus mampu mengelakkan ancaman seperti virus, spyware, popup dan malware.

- Selain itu, ia lebih laju dan mempunyai pelbagai fungsi yang boleh ditambah untuk meningkatkan lagi keupayaan pelayar web ini.

- Antara ciri-ciri yang terdapat pada pelayar web ini, mempunyai peluncuran tab, mempunyai fungsi restore, anti-phising dan fungsi RSS.

- Laman web : http://www.mozilla.com/en-US/firefox/


  1. Internet Explorer 7

    - Pelayar web ini merupakan paling banyak digunakan kerana telah tersedia pakej di dalam Windows. Berbanding dengan versi sebelumnya, versi ini telah banyak penambahbaikkan telah dilakukan. Namun, walaupun banyak perubahan yang dilakukan dari segi keselamatan dan fungsi, ia tetap belum dapat memenuhi standard web semasa kerana masih ada memiliki hole atau ruang yang memungkinkan ia mudah di godam.- Antara ciri dan fungsi yang ditambah di versi ini ialah peluncuran tab, fungsi RSS dan antaramuka yang lebih menarik.- Laman web : http://www.microsoft.com/windows/downloads/ie/getitnow.mspx
    1. Opera 9.24

    - Walaupun pelayar web ini kurang publisiti tetapi ia masih mempunyai peminatnya tersendiri. Namun, ia mempunyai inovasi yang tinggi dengan pelbagai fungsi dan ciri keselamatan.

    - Antara ciri pelayar web ini ialah penggunaan memori yang kurang berbanding pelayar web yang lain membolehkan laman web dimuatkan dengan lebih cepat. Selain itu, ia turut dilengkapi peluncuran tab, fungsi RSS dan aplikasi email.

    - Laman web : http://www.opera.com

    Terdapat beberapa lagi pelayar web yang boleh anda

    cuba dan gunakan mengikut keperluan dan kesesuaian anda.

    1. Safari 3
      - Laman web : http://www.apple.com/safari/
5-Flock 1.0
- Laman web : http://www.flock.com


      6 -Maxthon 2
      -
      Laman web : http://www.maxthon.com

      7-K-Meleon
      -
      Laman web : http://kmeleon.sourceforge.net/

      8 -netscape Navigator 9

      -
      Laman web : http://browser.netscape.com/