Monday, August 3, 2009

MicRopRocEsSoR (Mikropemproses)



Mikropemproses


Mikropemproses atau CPU ialah sebuah cip berbentuk segiempat bujur yang dipasang pada bahagian atas sebelah kanan papan induk. Fungsi utamanya di dalam sebuah komputer ialah memproses data dan maklumat yang diterima daripada peranti input. Kita boleh mengenalpasti cip ini dengan memerhatikan aksara yang tertulis pada cip berkenaan yang mana menunjukkan kelajuan dan jenis litar bersepadu yang digunakan.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sunday, August 2, 2009

SoUnD cArD (Kad Bunyi)


Kad bunyi

Kad bunyi adalah kad tambahan komputer yang boleh menerima input dan mengeluar output bunyi dengan kawalan perisian.

Kad bunyi yang biasa termasuk cip bunyi biasanya mempunyai ciri penukar digit ke analog yang menukarkan bunyi gelombang digit atau dirakamkan kepada format analog. Isyarat ini dialirkan kepada penyambung (jenis fon telinga) di mana kabel penyambung kepada amplifier atau destinasi seumpamanya boleh dicucuk masuk.

Kad bunyi juga mempunyai penyambung "line in" di mana signal bunyi dari perakam pita atau sumber bunyi yang disambungkan. Kad bunyi boleh mendigitkan isyarat ini dan menyimpannya (dikawal oleh perisian komputer selaras) pada cakera keras komputer.

Sambungan luar biasa pada kad bunyi biasa, digunakan untuk menyambung secara langsung kepada mikrofon.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

ROM dan RAM




Cip memori ROM (Read Only Memory) ini mengandungi piawai BIOS (Basic Input/Output System). Pada sebuah komputer peribadi (PC) biasanya terdapat satu hingga lima cip ROM. Setengah komputer ada menandakan kedudukan cip ini pada papan induk. Anda juga boleh mengenalinya dengan memerhatikan cip yang bersaiz agak besar dan dipasang dibahagian tengah atau bahagian tengah sebelah kiri papan induk. Manakala cip memori (RAM - Random Access Memory) pula, boleh dikatakan paling banyak terdapat pada papan induk terutamanya pada komputer jenis Pentium.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.