Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Satu contoh email phishing, menyamar sebagai sebuah email rasmi dari sebuah bank (direka-reka). Penghantar cuba untuk memperdayakan penerima untuk mendedahkan maklumat sulit dengan "mengesahkannya" di tapak web pemancing (phisher).
Dalam pengkomputeran, phishing (sebutan: 'fishing') adalah satu cubaan bersifat jenayah serta penipuanuntuk mendapatkan maklumat sensitif di dalam perhubungan elektronik seperti nama pengguna, kata laluan, dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai sebuah edentiti yang boleh dipercayai. eBay,PayPal serta bank-bank dalam talian adalah antara yang sering kali menjadi sasaran. Phishing selalunya dilakukan melalui email atau pesanan ringkas, dan selalunya mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran pada laman web tertentu, namun begitu hubungan telefon juga pernah digunakan. Phishing merupakan satu contoh teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk memperdayakan pengguna. Antara cubaan-cubaan untuk mengatasi laporan kejadian phising yang semakin meningkat termasuklah penguatkuasaan undang-undang, latihan untuk para pengguna, kesedaran umum, serta langkah-langkah teknikal.
No comments:
Post a Comment