Tuesday, October 6, 2009

Digital Forensik



Forensik Siber dan Analisis Penyiasatan merupakan perkhidmatan utama Makmal Forensik Digital CyberSecurity Malaysia. Kami menawarkan perkhidmatan forensik digital kepada agensi penguatkuasaan undang-undang, agensi kerajaan, organisasi dan kepada orang awam. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada asas sistematik kepada metodologi forensik digital yang merangkumi pengumpulan bukti digital, pengawetan, penganalisisan dan persembahan.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

-Pengawetan dan autentikasi bahan bukti elektronik.

-Menganalisa cakera padat komputer dan lain-lain media elektronik.

-Mendapatkan kembali data dari semua fail yang telah dipadamkan, partition, cakera yang telah diformat.

-Forensik Audio video.

-Penyiasatan bahan Internet.

-Pakar Keterangan Saksi.

Makmal kami menangani pelbagai kes termasuk:

-Penipuan & penyelewengan.

-Kecurian Hak Intelek (IP) dan data sensitif.

-Isu dalaman pekerja: ketidakpuashatian pekerja, gangguan, perlanggaran polisi (i.e. pornografi, perjudian, dan sebagainya.)

-Ancaman luaran dan gangguan.

-Aktiviti yang mencurigakan.

-Industri pengintipan & sabotaj elektronik.

Kami dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Makmal Forensik Digital kami sedang menuju kearah Pengiktrafan Antarabangsa Pengarah Makmal Jenayah Keselamatan Amerika (American Security Crime Lab Directors ASCLD/LAB-International).

No comments:

Post a Comment