Wednesday, September 30, 2009

jaminan keselamatan

Jaminan Keselamatan
Perkhidmatan Jaminan Keselamatan membekalkan perkhidmatan kepakaran dalam penilaian keselamatan produk-produk dan sistem-sistem ICT. Ia bertujuan untuk mewujudkan persekitaran pengkomputeran yang selamat dan berkesan melalui pembekalan penilaian keselamatan ICT berasaskan kepada ISO 15408/Kriteria Umum dan piawaian antarabangsa.

Senarai perkhidmatan yang ditawarkan:


1-Penilaian ke atas ancaman keselamatan.

2-Pembekalan garispanduan Jaminan Keselamatan.

3-Mengenalpasti keperluan dan spesifikasi fungsi keselamatan.

4-Menyediakan keperluan dan objektif untuk jaminan keselamatan.

Bagi meningkatkan kecekapan, pasukan Jaminan Keselamatan telah mengambil beberapa initiatif seperti berikut:


1-Lawatan ke Makmal Kebangsaan Idaho - Universiti Idaho, bagi menjalankan tandaaras makmal ke atas Makmal Ujian SCADA (SCADA Test-bed Lab) dan untuk membincangkan berkenaan potensi usahasama.

2-Mengambil bahagian di dalam Persidangan Kriteria Umum Antarabangsa ke 7 (7th International Common Criteria Conference), di Sepanyol untuk berbincang dengan Pengerusi Kriteria Umum, En Frits Taal berkenaan permohonan keahlian CCRA.
Kami akan meneraju dalam memperbaiki kualiti produk dan sistem, dimana akan meningkatkan tahap keyakinan dalam penggunaan dan perolehan teknologi jaminan keselamatan.

Perkhidmatan Jaminan Keselamatan menyediakan kepakaran dalam penilaian keselamatan produk dan sistem ICT. Ia adalah kearah mewujudkan satu persekitaran komputer yang selamat dan boleh dipercayai melalui pembekalan penilaian keselamatan ICT berasaskan ISO 15408/Kriteria Umum dan piawaian antarabangsa yang diketahui umum.
Kami berjaya mendapatkan keahlian pengguna dengan Perjanjian Pengiktirafan Kriteria Umum (Common Criteria Recognition Agreement (CCRA)) pada awal tahun 2007 dan seterusnya akan meneraju peningkatan dalam kualiti produk dan sistem.
Kami juga melakukan kajian dalam Trustmark Kebangsaan bagi meningkatkan keyakinan dan kepercayaan dalam e-perdagangan di Malaysia dan juga luar negara dengan mempromosi persekitaran perdagangan elektronik yang selamat.

No comments:

Post a Comment