Wednesday, September 30, 2009

Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT)

Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer merupakan kepakaran utama CyberSecurity Malaysia. Perkhidmatan Tindakan ini diurus dan dikoordinasikan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), satu bahagian dibawah CyberSecurity Malaysia. MyCERT merupakan pusat tindakan insiden yang aktif untuk negara sejak 1997. Pasukan ini sentiasa bersedia berkhidmat untuk pelayar internet di Malaysia dalam menangani penyalahgunaan komputer dan kebocoran keselamatan maklumat.

Senarai perkhidmatan yang ditawarkan


1-Membantu pengguna Internet Malaysia dalam mengesan, menginterpretasi dan bertindak kepada insiden keselamatan komputer.

2-Memaklumkan pengguna Internet Malaysia sekiranya berlaku kebocoran keselamatan.

3-Mengkoordinasikan nasihat kepakaran sementara mengemukakan bantuan pemulihan.

Pasukan ini telah berkhidmat untuk pelbagai industri, termasuk perbankan, kewangan, syarikat multinasional, kerajaan dan pendidikan. MyCERT telah digunakan oleh pelbagai agensi sebagai badan perantara yang diamanahkan untuk mengkoordinasikan tindakan untuk pelbagai pihak, termasuk Pembekal Khidmat Internet, agensi penguatkuasaan undang-undang dan pasukan-pasukan tindakan kecemasan antarabangsa. MyCERT mempunyai maklumat yang berkaitan dan mempunyai kepakaran untuk mengesan, mentafsir dan bertindak kepada insiden keselamatan komputer. MyCERT juga berkemampuan memberi amaran sekiranya berlaku kebocoran maklumat dan mengkoordinasi nasihat kepakaran di samping mengemukakan bantuan pembaikan sekiranya diperlukan. Anda disyorkan untuk mengemukakan semua laporan insiden melalui emel, faksimili atau telefon bagi memudahkan MyCERT bertindak dengan cepat dan cekap.

MyCERT bertindak sebagai titik tumpuan bebas bagi hos-hos di Malaysia, yang membenarkan kedua-dua pakar tempatan dan antarabangsa, pasukan-pasukan tindakan insiden, pembekal, pelangan dan agensi penguatkuasaan undang-undang, untuk berkerjasama dan melaksanakan tindakan teknikal dan pembaikan penting di lokasi yang diserang dengan insiden-insiden keselamatan komputer. Tindakan pantas MyCERT dalam menganalisa masalah serta menyediakan penyelesaian serangan boleh membantu negara, organisasi atau syarikat untuk mengurangkan kemusnahan dari serangan serta untuk menghalang aktiviti yang tidak dibenarkan. Trend baru dalam insiden keselamatan memerlukan MyCERT untuk menghasilkan nasihat baru bagi membantu organisasi lain dalam meringankan dan mengurangkan kemusnahan. MyCERT mempunyai kapasiti untuk menasihati serta memberi bantuan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang, namun ia tidak menanggung apa-apa peranan dalam pengawalan mahupun penguatkuasaan polisi.

No comments:

Post a Comment