Thursday, August 27, 2009

Alamat IP (IP ADDRESS)

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Alamat IP (Internet Protocol address) adalah suatu nombor unik yang digunakan oleh peranti sebagai pengenalan dan untuk berkomunikasi antara satu sama lain di dalam satu rangkaian komputer yang menggunakan piawaian Protokol Internet (IP). Kesemua peranti berkaitan — seperti penghala, komputer, pelayan-masa, pencetak, mesin faks internet, dan sesetengah telefon — boleh mempunyai alamat IP sejagat unik.

Versi IP

IP versi 4

Rencana utama: Protokol Internet versi 4

IPv4 menggunakan alamat 32-bit (4 bait), yang menghadkan ruang alamat kepada 4,294,967,296 (232) alamat unik. Piawaian IPv4 boleh dikelaskan kepada lima iaitu: A, B, C, D dan E. Hanya kelas A, B dan C sahaja yang biasanya digunakan. Manakala yang lain disimpan untuk untuk tujuan khas. Walau bagaimanapun telah muncul kaedah untuk menulis IP dengan tidak terikat dengan kelas dipanggil CIDR (Class-less Inter Domain Routing).

Contoh: 127.0.0.1

IP versi 6

Rencana utama: Protokol Internet versi 6

Disebabkan alamat IPv4 dikhuatiri habis tidak lama lagi, piawaian IPv6 sedang giat dijalankan. Alamat IPv6 adalah sepanjang 128 bit (16 bait), yang akan memberikan 2128, atau kira-kira 3.403 × 1038 alamat unik. Ini difikirkan cukup untuk tempoh yang lama.

Contoh: 2001:0db8:85a3:08d3:1319:8a2e:0370:7334

No comments:

Post a Comment