Thursday, August 6, 2009

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Perhubungan Maklumat (ICT)

Iklan ‘MyEg Service’ oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai membaharui cukai jalan kenderaan secara ‘online’. Sebelum ini syarikat-syarikat insuran telah menawarkan perkhidmatan tersebut untuk membaharui insuran kenderaan secara online tetapi para pemilik kenderaan terpaksa pergi ke JPJ atau Pejabat Pos Malaysia bagi membaharui cukai jalan masing-masing.

Selain itu beberapa agensi kerajaan lain juga sudah mengorak langkah memanfaatkan teknologi ICT misalnya LHDN yang menggunakan sistem E-Filing. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan kertas dalam urusan pembayaran cukai pendapatan.

Terbaru, pihak Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) juga sudah menggunakan sistem ‘E- Ticketing’ dan menawarkan tambang murah bagi menyaingi Air Asia. Justeru ada baiknya semua sistem pengangkutan terutama bas Ekspress turut menawarkan sistem sedemikian kerana ia memudahkan orang ramai membuat tempahan tanpa perlu pergi ke kaunter tiket.

Bagi industri perbankan pula Maybank Berhad mendahului bank lain dalam menawarkan sistem online dengan jenama maybank2u. Urusan pemindahan wang dan pembayaran bil dapat dilakukan dengan mudah dan cepat iaitu hanya di ‘hujung jari’.

Di sebalik kemudahan-kemudahan tersebut terdapat juga keburukannya antaranya peluang pekerjaan sebagai ajen insuran kenderaan dan pekerja di kaunter bank dan tiket pasti berkurangan. Ini akan menambahkan kadar pengangguran dalam negara. Justeru tenaga kerja yang ada perlu disalurkan ketempat yang sesuai bagi mengurangkan masalah tersebut. Ini kerana warganegara Malaysia tidak lagi berminat bekerja sebagai buruh kasar dan pembantu rumah atau pelayan restoran.

sebenarnya banyak ilmu dan manfaat yang boleh digunakan dengan kewujudan teknologi ICT tetapi bila disalahgunakan terutama medium internet menyebabkan semua lapisan masyarakat termasuk remaja dan kanak-kanak turut terdedah kepada bahan lucah/porno. Ini seterusnya akan menambahkan gejala sosial seperti seks bebas dan jenayah berkaintan seks seperti rogol dan lain-lain.

Diharap badan kerajaan yang bertanggungjawab mendapat suatu rumusan dan pelan tindakan bagi membendung masalah dan kesan negatif dari ICT terutama peningkatan jenayah siber dan laman-laman sesawang yang berunsur lucah.

www.abuaslam.com

No comments:

Post a Comment